Monday 21 July 2014

Buat puteri umno

Solidariti buat MH17


Solidariti MH17

Di hari ke 131 Malaysia masih bersedih di atas tragedi kehilangan pesawat MH370, sekali lagi dunia digegarkan dengan sebuah lagi berita tragik pesawat MH 17 yang dilaporkan ditembak jatuh di wilayah Donetsk, Ukraine.

Tragedi ini telah memukul jiwa dan hati setiap ahli keluarga mangsa nahas pesawat, dan kehibaan turut dirasai seluruh warga Malaysia, termasuk setiap ahli Puteri Umno Malaysia.

Media melaporkan 43 mangsa nahas adalah warganeraga Malaysia dan selebihnya adalah warganegara Amerika, Britain, Belanda, Belgium, Perancis dan Indonesia. Justeru, berita tragik ini telah menjadikan seluruh dunia sugul menerima hakikatnya.

Apa yang lebih mengecewakan ialah belum sejam lamanya berita tersebut dilaporkan secara meluas di media massa dan media sosial, sudah ramai menuding jari menuduh dan menyalahkan kepimpinan Perdana Menteri kita, Y.A.B Dato’ Seri Najib Razak atas tragedi malang pesawat MH17. Ada juga yang menyalahkan kapten kapal, dan ramai menjadi pakar membuat spekulasi sendiri dan ada juga mengatakan ini adalah hukuman dari tuhan. Tidak. Ini tidak benar.

Terlalu banyak isu dibangkitkan sehingga isu ini dipolitikkan habis-habisan oleh pihak tidak bertanggungjawab, contohnya, menyuarakan kelemahan pemimpin kita dalam mendapatkan akses penuh dengan segera di tapak nahas tanpa terlebih dahulu memahami secara mendalam struktur geopolitik Ukraine-Rusia. Ada juga pihak menyalahkan dan mempersoalkan “kenapa pesawat memilih laluan ruang udara ‘war zone’ ”. Dari satu sudut ini hanyalah salah satu cara mereka untuk mengalihkan kesalahan kepada Malaysia. Walhal, lebih kurang hampir 300 pesawat lain melalui ruang udara udara yang sama menurut European Aviation Officials. Diantaranya seperti Jet Airways, Qatar Airways, Amirates. Maka, itu bukanlah persoalan utama kerana bukan pilihan laluan yang mengorbankan kesemua mangsa MH17, tapi peluru berpandu yang dilancarkan oleh pihak bertanggungjawab itu sendiri. ‘it’s not the route that kills but the missile itself’.

Menurut undang-undang Antarabangsa, pihak bertanggungjawab telah melanggar  Artikel 44 (h) Chicago Convention,  dan  Artikel 3 Chicago Convention (Convention On International Civil Aviation) yang melarang sebarang serangan ke atas pesawat awam, sekaligus memberikan Malaysia locus standi di Mahkamah Jenayah Antarabangsa bagi membuat aduan tindakan undang-undang. Selain selayaknya membuat tuntutan sivil daripada pihak yang seharusnya bertanggungjawab bersama-sama negara lain yang warganegaranya juga turut menjadi mangsa nahas MH17. Seperti yang digesa Y.A.B Perdana Menteri, jika siasatan membuktikan pesawat MH17 ditembak jatuh dengan sengaja, Malaysia menuntut agar pihak yang bertanggungjawab dibawa terus ke muka pengadilan. Kita juga tidak mahu melihat situasi seperti pepatah “gajah berkelahi dengan gajah, pelanduk mati di tengah-tengah” Maka, warga Malaysia perlu sebulat suara dengan mengenepikan apa jua perbezaan fahaman dan meyokong kepimpinan Y.A.B Dato’ Seri Najib Razak sebagai Perdana Menteri Malaysia dalam menyelesaikan isu dengan negara-negara barat yang terlibat.

Akhir sekali, apa yang lebih penting ialah kita lebih bersikap positif serta menghormati dan menjaga sensitiviti bukan sahaja kepada ahli keluarga mangsa di negara kita sendiri, tetapi seluruh dunia yang meratapi kejadian ini. Dan Puteri Umno dalam solidariti buat MH17. #justiceformh17

Hasliana Hasim
Pengerusi Biro Undang-undang Puteri KK
AJK Puteri Bahagian KK


1 comment:

  1. Pnh lari kt penang bridge guna luna sandal kn? I think it's u!
    https://scontent-b-kul.xx.fbcdn.net/hphotos-xap1/t31.0-8/10497186_884888001541881_6768058542218042585_o.jpg?efg=eyJpIjoibCJ9

    ReplyDelete