Sunday 22 December 2013

Kadang aku terfikir


Mendoakanmu cara aku menafkahkan jiwa
Kalau dulu mengingatkan itu ku lalukuan dengan biasa
Untuk melupa aku harus melakukan dengan luar baisa

Jika suatu perpisahan itu harus
Aku tidak mahu yang baik.
Biar perpisahan yang menjadikan masing-masing lebih baik.

Sebelum Tuhan tiba


Sebelum Tuhan tiba
Kesakitan terlebih dahulu mengetuk jendela
meragut diam dengan luka

Sebelum Tuhan tiba
Ada teriak ganjil merindukan kita
Mengisi kota fikir merendam lara
Hanya ada satu musim sesat berzikir menyebut nama
Tak ada hujan  yang diramal cuaca
Seluruh nafas dikecup duka

Sebelum Tuhan tiba,
Aku biar suaramu di udara
Bangun selesa di kepala
Hingga lupa
Tuhan itu ada.