Sebaik-baik tempat menyimpan cinta adalah puisi
Dan jika cinta adalah sebuah rumah,
Rindu adalah anak sulung yang sering singgah mengopi
Monday 13 May 2013
Friday 10 May 2013
Hari tambah usia
Kemarin senja, sekarang pagi?
Aku mendongak ke langit, mentertawakan matahari
Semua masih sama,
Doaku pahala berat sebelah,
bila malaikat mahunya nyawa,
Selamat hari jadi buat diri
Tiada usia kekal abadi.
Happy birthday to me
Aku mendongak ke langit, mentertawakan matahari
Semua masih sama,
Doaku pahala berat sebelah,
bila malaikat mahunya nyawa,
Selamat hari jadi buat diri
Tiada usia kekal abadi.
Happy birthday to me
Pergi
Semua yang datang pasti akan pergi
Bila dia sudah bulatkan hati
Walau kau tahan dengan cinta, air mata
Dan pelukan
Dia pergi, tetap pergi
Bila dia sudah bulatkan hati
Walau kau tahan dengan cinta, air mata
Dan pelukan
Dia pergi, tetap pergi
Jika
Dan jika pada akhirnya
Aku dan kamu akan bersendirian
Sepatutnya kita sudah saling membahagiakan
Aku dan kamu akan bersendirian
Sepatutnya kita sudah saling membahagiakan
Melupakan?
Mungkin kau melupaku dengan sempurna
Sebagai si pelayan mengelap sisa selepas pesta
Atau sebagai apa saja yang kau pernah tinggalkan di beranda
Sebagai si pelayan mengelap sisa selepas pesta
Atau sebagai apa saja yang kau pernah tinggalkan di beranda
Lelakiku
Yang cinta pada bondanya tersulam padaku
Yang mengenalkanku Tuhan serta
matematik dua kali satu
Yang mengucup halal dahiku sebelum
laki-laki lain sempat mengucup dahulu
Mana kamu, lelakiku
Tuesday 7 May 2013
Romansa petang
Jika duduk bersama tidak dapat
menyelesai masalah
Cubalah untuk tidur bersama
Kau dan dia menjadi sepasang
gurauan riang,
atau menjadi malam-malam
yang sangat ditunggu kunang-kunang
Terlanjanglah, bukalah sedikit pehanya,
kau juga ingin tahu,
apakah dosa juga bisa masuk syorga
Di dua celah dadamu dia menemukan syorga
yang indah dari sebarang kata-kata
Pria,
Sentuhi dia dengan nafas kerasmu
toreh namanya dengan keringatmu
tunggang, guncang, dia mahu
Biar kencang dadanya meneriakkanmu
Basahi dinding tubuhnya dengan keringatmu
Carilah bahagiamu di celah dua mulus pehanya
Terlanjanglah di kamar kamu
Berdua menikmati sesama
Subscribe to:
Posts (Atom)